Thursday, August 27, 2009
PRINSIP 5 JARI
Hari ini 23 Julai 2009 pelajar PU1F1 membentangkan tugasan secara peta minda. Tema minggu ini ialah Pekerja Asing. Ingat tak cikgu ada tegaskan prinsip 5 jari? Semoga prinsip 5 jari akan diamalkan oleh semua pelajar.Pastikan anda mempunyai idea dalam baris pertama perenggan isi. Ayat untuk huraian janganlah sesuatu yang pendek atau terlalu ringkas menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Contoh boleh diberi pada mana-mana huraian. Contoh haruslah tepat atau spesifik. Panjang perenggan yang ideal adalah antara 50-60 patah perkataan. Ingat! Kata berganda dan kata nama dikira sebagai 1.Contoh: Universiti Putra Malaysia (dikira sebagai 1 bukannya 3)Contoh: rama-rama( dikira sebagai 1 bukannya 2)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment