KARANGAN LARAS SAINS

Karangan laras sains melibatkan 3 bidang iaitu sains tulen, sains gunaan dan perubatan & Kesihatan. Sains Tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik. Sains Gunaan pula ialah kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan dan alam sekitar manakala Perubatan & Kesihatan pula ialah pencegahan, perawatan dan pengesanan.

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PENIPISAN OZON

Akibat penipisan lapisan ozon. Bincangkan

7 comments:

  1. 1. Akibat penipisan lapisan ozon

    (a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:
    – Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini.
    - Penyakit mata Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran ini.
    - Sistem imunisasi
    Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru. – Molekul asas kepada semua benda hidup Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup. Jika kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.

    (b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.
    - Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
    - Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan. Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.

    ReplyDelete
  2. (c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.
    - Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan pancaran matahari.
    - Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein bagi manusia.

    (d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia.
    - Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.
    - Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika.

    ReplyDelete
  3. 2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon.

    (a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.
    – Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
    – Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.
    - Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia. – Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.

    (b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflokarbon (CFC).
    – Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang terbaik.
    - Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.
    - Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion’, gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.

    ReplyDelete
  4. (c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.
    – Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
    - Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.
    - Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

    (d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.
    - Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
    - Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
    - Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.

    (e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.
    - Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.
    - Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata tempat.
    - Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.

    ReplyDelete
  5. bolehkah laras sains boleh menggunakan langkah komitmen nasional?
    komitmen nasional telah terpesong kpd laras sastera!
    saya seorang pelajar yang hanya tanya soalan!berasa keliru dgn skema cikgu!

    ReplyDelete
  6. Jawapan dibawah adalah laras sastera:-

    Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera

    Kerjasama dan komitmen antarabangsa.
    – Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
    - Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini.
    - Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.

    (d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.
    - Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
    - Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
    - Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.

    ReplyDelete
  7. salah satu negara pertama yang mengesahkan Protokol Montreal, Australia terus menjadi pemimpin dalam penghapusan zat penurun ozon. Dalam banyak kes, Australia berada di hadapan keperluan Protokol Montreal. Pendekatan Australia didasarkan pada perkongsian kerjasama antara industri, masyarakat, dan semua peringkat pemerintahan.

    Australia telah memasuki Konvensyen Vienna untuk Perlindungan Lapisan Ozon pada tahun 1987 dan mengesahkan Protokol Montreal mengenai Bahan-Bahan yang Mengurangkan Lapisan Ozon pada awalnya pada tahun 1989, dan sekali lagi untuk setiap enam pindaan yang dipersetujui antara tahun 1990 dan 2016.

    Australia mengambil peranan aktif dalam rundingan Protokol Montreal yang sedang berlangsung, memastikan bahawa tindakan lebih lanjut untuk melindungi lapisan ozon berdasarkan ilmiah dan layak secara teknis, dan bahawa negara-negara membangun didukung dalam usaha mereka untuk menghapuskan zat dan HFC yang menguras ozon.

    ReplyDelete