KARANGAN LARAS SAINS

Karangan laras sains melibatkan 3 bidang iaitu sains tulen, sains gunaan dan perubatan & Kesihatan. Sains Tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik. Sains Gunaan pula ialah kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan dan alam sekitar manakala Perubatan & Kesihatan pula ialah pencegahan, perawatan dan pengesanan.

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PEMINDAHAN TEKNOLOGI

Pemindahan teknologi ialah usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.

5 comments:

  1. 1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asingdemi meningkatkan daya produktiviti industri tempatan.

    2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.

    (a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.

    (b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkanpemprosesan data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.

    (c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat kereta nasional Proton Saga.

    (d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga) dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di rantau ini kelak.

    (e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentahkeluaran negara dieksplotasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.

    (f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahaninfrastruktur seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan sebagainya.

    (g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen keretaoleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.

    (h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalampenghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.

    (i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam perindustrian.

    (j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.

    (k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

    (l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.

    ReplyDelete
  2. sy suka isi-isi ini.teruskan beri info untuk esei pngajian am khususnya.terimakasih :))

    ReplyDelete