KARANGAN LARAS SAINS

Karangan laras sains melibatkan 3 bidang iaitu sains tulen, sains gunaan dan perubatan & Kesihatan. Sains Tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik. Sains Gunaan pula ialah kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan dan alam sekitar manakala Perubatan & Kesihatan pula ialah pencegahan, perawatan dan pengesanan.

Monday, October 11, 2010

KAEDAH MEMULIHKAN PENYAKIT MENTAL

CONTOH SOALAN : Nyatakan kaedah atau rawatan-rawatan yang boleh dilakukan bagi memulihkan penyakit mental.


Cara Rawatan Penyakit Mental

Jenis-Jenis Penyakit Mental Yang Perlukan Rawatan:-

Neurosis § Psikosis
Penyakit mental organik seperti nyanyuk
Gangguan personaliti
Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif
Ketagihan dadah dan alcohol
Percubaan membunuh diri
Berbanding dengan rawatan penyakit mental ia biasanya merangkumi, rawatan fizikal, psikologi dan social.

Rawatan fizikal dan rawatan psikologi seperti:-
Kaunseling
Psikoterapi
Tingkah laku
Rawatan Sosial
Rawatan Fizikal
Selain ubat-ubatan, penggunaan arus eektrik (electro convulsive therapy) mungkin diperlukan kepada sesetengah pesakit yang terlalu murung atau terlalu agresif yang tidak bertindak balas dengan ubat-ubatan.

Rawatan Psikologi
Rawatan psikologi kepada pesakit ini, termasuklah rawatan kaunseling dan psikoterapi.

Kaunseling yang dilakukan ini termasuklah:

Pendidikan yang menjelaskan berhubung symptom-simptom yang dihadapi pesakit.
Aspek pengambilan ubat
Konsep tekanan, cara menanganinya, motivasi diri dan harga diri.
Aspek perhubungan kekeluargaan, rakan kerja dan lain-lain.
PSIKOTERAPI

Psikoterapi merupakan rawatan psikologi bersifat dua hala antara doctor dan pesakit yang memerlukan doctor mengikuti kursus dan latihan tertentu.

Antara bentuk psikoterapi yang dilakukan ialah:-

Psikoterapi dinamik
Psikoterapi kognitif
Psikoanalitik psikoterapi
Bagaimanapun tidak semua pesakit sesuai menjalani rawatan psikoterapi seumpama ini, hanya untuk pesakit neurosis tertentu dan pesakit mestilah bermotivasi tinggi, berfikiran terbuka, bijak dan penyakit yang dihadapi tidaklah terlalu kronik.

Hubungan pesakit pada masa lampau mewarnai persepsi dan tingkah laku pesakit pada masa kini. Dalam menjalani rawatan psikoterapi ini, doctor akan menjelaskan punca (dinamik) sesuatu konflik itu terjadi atau bermula.

Konflik yang dihadapi oleh seseorang sama ada hubungan dengan ibu bapa atau keluarga banyak mencorak cara pesakit berinteraksi dengan individu lain.

Justeru, penting untuk individu yang membantu merawat pesakit menjelaskan keadaan yang mereka alami bagi membantu mereka menangani masalah yang dihadapi.

Rawatan jenis ini boleh dilakukan secara individu atau rawatan berkumpulan di mana pesakit lain diambil dalam jumlah empat hingga enam orang, dengan julat umur yang hampir sekata di samping persamaan pada personality dan permasalahan yang hampir serupa.

Melalui kaedah ini, pesakit akan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain dan cuba belajar menangani masalah yang mereka hadapi.

Terapi kumpulan ini biasanya dilakukan kepada mereka yang menghadapi masalah penagihan dadah, mangsa kejadian yang tragis yang dikategorikan dalam kumpulan post traumatic disorder seperti mangsa runtuhan bangunan tinggi Higland Tower.

TERAPI TINGKAHLAKU

Kaedah jenis ini biasanya digunakan untuk merawat masalah tingkahlaku, contohnya seperti mereka yang fobia pada tempat tinggi secara berperingkat-peringkat. Secara tidak langsung, ia melatih pesakit supaya lebih berani.

Antara penyakit yang digunakan untuk merawat masalah ini termasuklah masalah neurosis seperti panik, fobia dan obsesif kompulsif.

Rawatan ini juga diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah terencat otak di mana fungsi social mereka biasanya terganggu.

Adakalanya pesakit akan diberi beberapa latihan dan hasil yang diperolehi pesakit akan diberi penghargaan atau hadiah-hadiah tertentu.

Kaedah asertif ini juga sesuai dipraktikan dikalangan kanak-kanak bagi membentuk sikap dan tingkahlaku mereka.

SOSIAL - Latihan Asertif

Mereka yang menghadapi penyakit mental seperti neurosis dan psikosis kronik biasanya tidak asertif. Asertif bermaksud keupayaan menyatakan tidak kepada sesuatu permintaan, pesakit menyedari dan faham bahawa bertindak asertif tidak mengakibatkan seseorang kehilangan rakan, mencetuskan persengketaan dan sebagainya.

Malah, ia menyebabkan seseorang itu lebih dihormati, disegani dan tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain di mana pesakit mudah berasa tertekan.

KOMUNITI

Dalam menangani masalah ini, masyarakat juga tidak terkecuali daripada memainkan peranan untuk membantu memulihkan pesakit. Proses rehabilitasi pemulihan memerlukan sokongan ahli masyarakat seperti menyediakan bengkel dan tempat-tempat perlindungan yang dapat menyediakan latihan dan pekerjaan kepada pesakit. Ini kerana pesakit tidak mungkin dapat bersaing di pasaran terbuka.


Rawatan Sosial
Rawatan pemulihan termasuklah pemulihan pekerjaan, pemulihan social. Ini termasuklah aspek kebersihan diri dan urusan rumahtangga.

Mengapa pesakit mental memerlukan kesemua rawatan komprehensif

Mereka yang menghadapi masalah mental biasanya menghadapi gangguan emosi dan gangguan pemikiran yang sekaligus menganggu hubungan social mereka dengan orang ramai dan cara mereka bertindak.

Justeru sekiranya rawatan komprehensif tidak diberikan, pesakit tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang sihat, sejahtera dan sempurna seperti individu normal yang lain. Pada masa yang sama, ahli keluarga juga bertanggungjawab membantu pesakit dalam proses pemulihan dan menangani masalah yang timbul.

Malaysia Mental Health Association (MMHA)
http://www.mentalhealth.org.my

No comments:

Post a Comment