KARANGAN LARAS SAINS

Karangan laras sains melibatkan 3 bidang iaitu sains tulen, sains gunaan dan perubatan & Kesihatan. Sains Tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik. Sains Gunaan pula ialah kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan dan alam sekitar manakala Perubatan & Kesihatan pula ialah pencegahan, perawatan dan pengesanan.

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : PIL DAN MAKANAN BERKHASIAT

Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

3 comments:

  1. Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

    (a) Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin

    (b) Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil vitamin dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan serabut dalam makanannya.

    (c) Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala kekurangan vitamin berkenaan walaupun ia mengambil makanan seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan penurunan paras vitamin ini.

    (d) Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh penjual atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand’s mengandungi terlalu sedikit pati berbanding dengan harganya.

    (e) Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof. Irvin daripada Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan kombinasi berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini tidak diketahui (Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara tindakbalas kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya.

    3. Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.

    (a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan makanan – denda berat kepada pengeluar yang memberikan penerangan palsu pada labelnya.

    (b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna.

    (c) Perubahan sikap doktor – menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan mengarahnya mengambil pil vitamin.

    (d) Masyarakat / media massa.

    ReplyDelete
  2. adakah laras sains boleh menggunakan langkah spt kempen dan sikap?

    ReplyDelete
  3. hi! im taking stpm too..my teacher said cannot better try any other just like te one above there..

    ReplyDelete