KARANGAN LARAS SAINS

Karangan laras sains melibatkan 3 bidang iaitu sains tulen, sains gunaan dan perubatan & Kesihatan. Sains Tulen iaitu fizik, kimia, biologi dan matematik. Sains Gunaan pula ialah kejuruteraan, perkomputeran, perakaunan dan alam sekitar manakala Perubatan & Kesihatan pula ialah pencegahan, perawatan dan pengesanan.

Saturday, August 29, 2009

SOALAN DAN JAWAPAN : TABIAT PEMAKANAN

Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit. Bincangkan.

1 comment:

  1. 1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.

    (a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.
    - Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. – Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat dan gizi makanan seimbang.
    - Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia.

    (b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.
    - Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehariatau terlalu banyak sesuatu jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit.
    - Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut boleh mengakibatkan penyakit ‘gout’ atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung. Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit ’stroke’ dan sakit jantung atau kardio vascular.

    (c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh membawa penyakit.
    - Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan daging separuh masak.
    - Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif. Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit dalam usus. – Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin membawa maut.

    (d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan. – Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger dan lain-lain adalah tidak sihat. – Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk meninggikan status mereka. – Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah. – Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.

    ReplyDelete